Kenali Penceramah dan Jurulatih Utama MVTS

Mohd Haris b Hairun Paezi berasal dari Parit Buntar, Perak dan berumur 45 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Methodist,Parit Buntar dan kemudiannya di Sekolah Menengah Sri Perak, Parit Buntar. Setelah tamat SPM beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara ( Kampus Arau ) dengan mengambil Diploma Pengajian Perniagaan.

 

Setelah tamat pengajian, beliau bertugas di MODENAS sebagai foreman pengeluaran selama hampir 2 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan bertugas sebagai Eksekutif Jualan di sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan latihan kepada ajen insuran.

 

Pada tahun 1997 beliau mula menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan Maccomstudio Consultancy, sebuah syarikat IT yang menjalankan perniagaan merekacipta laman web.

 

Penglibatan beliau di dalam bidang latihan bermula pada tahun 1999 apabila beliau mula menyertai kumpulan fasilitator dari Syarikat Albadru Training. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang latihan kemudian di kembangkan apabila beliau menubuhkan syarikat perundingan latihan sendiri, Mindvision Training & Services pada tahun 2005.

 

 

Sehingga sekarang Mindvision Training terus melangkah dengan jayanya sebagai sebuah firma perundingan yang memberikan khidmat latihan profesional kepada pelanggan.

Beliau juga merupakan jurulatih utama kepada beberapa buah syarikat perundingan latihan berikut ;

 

- Azwen Training Consultancy & Services Sdn. Bhd

- Videv Consulting Sdn. Bhd

- Training Minds Sdn. Bhd

- Bayu Irama Consultancy

- Vision Karisma Consultancy

- Cyneergy Consulting Sdn Bhd

 

Beliau telah mendapat pengiktirafan sebagai jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( TTT4015 ) - 2011 dan Jurulatih Modul LAP Institut Keushawanan Negara ( A43792 ) dan Jurulatih Modular Hijrah Akademi Zakat Selangor.

Selain berpengalaman sebagai jurulatih dan penceramah, beliau juga berkemahiran sebagai pembina modul latihan dimana pernah dijemput sebagai pengubal modul latihan untuk ;

1.               - MECD – Modul Keushawanan - 2008

2.               - PLUS – Modul Motivasi Jurutol - 2010

3.               - Perbadanan Urus Air Pulau Pinang - Modul Pembangunan Pasukan 2010

4.               - Perbadanan Nasional Berhad – Modul Pembangunan Modal Insan - 2012

5.               - Institut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS ) – Modul Islamic Teambuilding - 2013

6.               - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Modul Transformasi Diri Dalam Pembentukan Personaliti Unggul - 2015

 

 

 

 

 
 

 

 M  E  R  E  A  L  I  S  A  S  I  K  A  N     P  E  M  B  A   N  G  U  N  A  N     M  O  D  A  L     I  N  S  A  N     N  E  G  A  R  A

.

.

     

 

' Menukar kebiasaan kepada keperluan memakan masa yang

lama dan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh '

 

SENARAI PELANGGAN DAN PROGRAM TAHUN 2017

1. Kursus Transformasi Personaliti Guru - Yayasan Sultanah Bahiyah

2. Kursus Motivasi dan Pembangunan Personaliti Jabatan Optometris Kementerian Kesihatan Malaysia

3. Kursus Teambuilding Cipta Success Marketing

4. Kursus Kecemerlangan Kerjaya dan Pembangunan Personaliti Unggul Jabatan Kimia Malaysia

5. Kursus Teambuilding Jabatan Pelesenan dan Penjaja Majlis Perbandaran Klang

6. Kursus Transformasi Personaliti Yayasan Sultanah Bahiyah

7. Kursus Jalinan Mesra dan Peningkatan Kendiri Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah

8. Kursus Keselamatan di tempat Kerja MIROS

9. Kursus Memperkasa Kemahiran Insaniah FINAS

10. Kursus Pemantapan Teknik Penemuduga Suhuranjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah

11. Kursus Penyeliaan Berkesan Majlis Bandaraya Alor Setar

12. Kursus Transformasi Diri dan Pasukan Akademi Binaan Malaysia

 

Sila berhubung dengan perunding latihan kami bagi mendapatkan RANGKA KURSUS lengkap & SEBUTHARGA bagi senarai kursus kursus yang ditawarkan

PERUNDING LATIHAN

MINDVISION TRAINING & SERVICES

 

COACH MOHD HARIS B HAIRUN PAEZI

019-3214190 / 016-2501502

05-7174190

EMAIL : haris@mindvision.com.my

 

No. 8 Lorong Murai 7, Taman Selesa.

14300 Nibong Tebal

Seberang Perai Selatan

Pulau Pinang

 

 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN PROGRAM LATIHAN, SILA KLIK IKON DIBAWAH

 

 

Mindvision Training & Services bertapak dalam bidang  perkhidmatan perundingan dan pengendalian program latihan profesional dan motivasi sejak tahun 2004.

 

Pelanggan kami terdiri dari Jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta, Institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta sekolah-sekolah diseluruh negara.

 

Modul latihan kami tertumpu kepada membentuk karektor diri dalam usaha mencapai kecemerlangan diri, agama, bangsa dan negara.

 

Tekad kami adalah untuk bersama-sama merealisasikan pembangunan modal insan yang terbaik bagi negara dalam melalui cabaran masa kini dan masa hadapan.

 

Selain dari memberi perkhidmatan latihan, kami juga berpengalaman dalam membina modul latihan serta khidmat perundingan profesional.

 

Inilah kami Mindvision Training, perkhidmatan kami adalah dakwah kepada agama, bangsa dan negara kami, dan setiap apa yang disampaikan oleh kami adalah ilmu milik Allah s.w.t yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk menyampaikannya.

 
     
  PERKHIDMATAN LATIHAN

Kami menawarkan perkhidmatan latihan seperti berikut ;

1. Kemahiran Insaniah ( Soft Skills )

:. Kursus Vibrant Workforce ( Teambuilding )

:. Kursus Pengurusan Penyeliaan

:. Kursus Memacu Transformasi Budaya ( ACT )

:. Kursus Kemahiran Berkomunikasi Mesra dan Berkesan

:. Kursus Pengurusan Stres

:. Kursus Transformasi Kepimpinan ke arah Pembangunan          

    Organisasi

:. Kursus Transformasi Personaliti - Pendekatan 10Q

:. Kursus Transformasi Minda Ke arah Pembentukan Budaya Kerja

    Berpasukan ( Teambuilding )

:. Kursus Kemahiran Keusahawanan

:. Kursus Pengurusan Perubahan ( Change Management )

 

:. Kursus Kepimpinan Mahasiswa Pelajar IPT dan IPTS

:. Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah

 

2

2. Kemahiran Berfikir

:. Kursus Inovasi Minda Kreatif

:. Kursus Pemikiran dan Pengurusan Strategik

:. Kursus Pemikiran Positif

:. Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif

:. Kursus Kemahiran Minda Separa Sedar dan Ketara Sedar

:. Kursus Hukum Ketertarikan

:. Kursus Transformasi Paradigma

:. Kursus Transformasi Minda

 

3. Motivasi dan Bina Insan          

:. Kursus Pemantapan Fitrah Insan

:. Kursus Transformasi Kendiri

:. Kursus Bina Insan

:. Kursus Rehlah Ibadah

:. Kursus Kenegaraan

:. Kursus Peningkatan Tahap Profesionalisma Kakitangan

:. Kursus Membudayakan Integriti

:. Kursus Pembudayaan Nilai-nilai Murni dan Nilai-nilai Korporat

 

4. Lain-lain

:. Kursus Pengurusan Projek - Bukan Teknikal

:. Bengkel Asas Coaching

:. Kursus Pemanduan Berhemat dan Selamat

:. Kursus Induksi Umum

:. Kursus Fotografi dan Videografi

:. Kursus TTT ( Train the Trainer )

:. Kursus Peningkatan Mutu Servis dan Perkhidmatan

:. Kursus Etiket Sosial

:. Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

:. Kursus Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy )

 

 
   
2006 - 2018 Mindvision Training & Services. Hak Milik Terpelihara.

Accelerated Constructive Thinking

 

ACT merupakan pendekatan bagi memacu minda ke arah berfikir secara konstruktif. ACT menggunakan metodologi Lego Serious Play bagi memastikan peserta sentiasa proaktif. Pendekatan ACT terbahagi kepada beberapa peringkat seperti berikut ;

 

1. Amalan ( Practice )

Fasa dimana peserta mengamalkan kemahiran untuk menghasilkan sesuatu idea ( menggunakan LEGO ), mengenalpasti idea dan membuat metafora dan penceritaan dari idea tersebut.

 

2. Tugasan ( Task )

Tugasan untuk menghasilkan sesuatu akan diberikan kepada peserta. Cth : ‘ Bagaimana memperbaiki sistem khidmat pelanggan sedia ada ‘.

 

3. Membina ( Building )

Semua peserta terlibat membina ( menggunakan LEGO ) sebagai respon kepada tugasan yang diberikan.

 

4. Penceritaan ( Story Telling )

Peserta berkongsi cerita kepada yang lain dan peserta lain memberi respon kepada apa yang didengari.

 

5. Pemurnian ( Refining )

Setiap cerita akan dimurnikan dengan penambahan yang bersesuaian.

 

6. Membina Model ( Modeling )

Peserta melibatkan diri untuk membina model secara holistik hasil gabungan idea idea dari rakan peserta yang lain.

 

7. Membuat Analisa ( Analysing )

Analisa keberkesanan dari model yang terbina untuk mencari kelemahan atau kekurangan.

 

8. Membuat Rumusan ( Concluding ) – Membuat rumusan dan pelan tindakan untuk diaplikasikan dalam skop kerja sebenar.

 

__________________________________________

 

 

Pembina Pasukan Profesional

 

Kami merupakan sebuah syarikat yang aktif membina pasukan sejak 14 tahun yang lalu. Kami sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik bagi membina sesebuah pasukan. Sejak 14 tahun lalu beberapa kerangka modul Pembangunan Pasukan telah kami gunakan antaranya ;

 

1. Esprit de Corp 2007 - 2010

2. Accelerated Culture Transformation 2010 - 2014

3. Vibrant Workforce 2014 - 2017

4. Team Excellent 2017 - sekarang

 

Untuk tahun 2018 kami membawa Modul CONSTRUCTIVE TEAMWORK sebagai kerangka modul Pembangunan Pasukan kami dengan menggunakan Lego Serious Play sebagai metodologi latihan.

 

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan modul ini, sila hubungi kami di talian berikut

019-3214190 ( Coach Haris )

 

_____________________________________

 

Keperluan untuk mengadakan sesuatu yang baharu merupakan perkara penting dalam sesebuah organisasi bagi tujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, memudahkan suatu proses kerja dan meningkatkan moraliti kakitangan. Suatu inovasi baharu memerlukan komitmen semua pihak, mengambil masa yang lama untuk diadaptasikan dan juga memerlukan pembiayaan yang tinggi.

 

Inovasi sedia ada yang telah berada dalam sistem kerja boleh ditambahbaikan bersesuaian dengan kehendak semasa. Ianya hanya memerlukan sedikit kreativiti dan pemikiran konstruktif bagi melakukan perubahan. Melalui inisiatif penambahbaikan dan pemurnian inovasi sedia ada, sesebuah organisasi bukan sahaja dapat menjimatkan kos pembiayaan inovasi baru malahan dapat meningkatkan profesionalisma kakitangan apabila sentiasa aktif melakukan perubahan, membuat penambahbaikan berterusan dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu penyampaian.

 

Pulangan kepada organisasi antaranya adalah ;

1. Kecekapan pengurusan kewangan melalui penjimatan pembiayaan inovasi baru,

2. Warga kerja yang proaktif dan kreatif menjana minda kontruktif,

3. Penambahbaikan sistem operasi kerja yang berterusan,

4. Profesionalisma dalam menyampaiakan perkhidmatan,

5. Minda warga kerja yang konstruktif dan bukan destruktif,

6.Kepuasan dan keseronokan bekerja.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan modul ini, sila hubungi kami di talian berikut

019-3214190 ( Coach Haris )